Thursday, October 16, 2008

Maklumat ternakan ikan keli kanvas.

Dipetik dari Aquabase:http://aquabase.wordpress.com/category/aquakultur/Terima kasih kpd Encik Azka

Ternakan Keli Kanvas
Mei 1, 2008
ternakan keli dalam kanvas

Ternak ikan keli di dalam khemah kanvas salah satu projek perintis terbaru yang dilancarkan oleh jabatan perikanan kelantan bagi meningkatkan taraf hidup peternak ikan air tawar. berdasarkan konsep semua orang boleh bela ikan. Projek ini berpusat di jabatan perikanan machang kelantan dengan permulaan 200 khemah kanvas berukuran 6 kaki x 16kaki bagi setiap kanvas.

setiap kanvas dapat memuat 700 ekor anak keli bersaiz 2.5′ - 3′. ternakan dapat dituai dalam tempoh masa 3 bulan dengan anggaran 4-5 ekor per kilo. makanan berprotein tinggi (>40% protein) diberikan pada peringkatan permulaan ternakan bagi mempercepatkan kadar pembesaran anak keli. anak benih berkualiti dari spesies keli afrika merupakan faktor utama kadar pembesaran anak keli.

Teknik aliran air digunapakai dalam kaedah ternakan kanvas, supaya kitar air dalam kanvas dapat berjalan dengan baik sekaligus memastikan tahap kebersihan air. tahap kebersihan air kolam memainkan peranan penting dalam menentukan rasa daging ikan

No comments: